T
eknik popping merupakan teknik yang mampu memacu adrenelin, ia akan mula terhasil apabila pemancing melihat predator mengejar popper, menghentam lalu melarikan popper dengan rakus. Ketika itu predator juga turut terkejut lalu membuat larian padu sambil mengeluarkan main line dari gelendung kekili. Disaat inilah semuanya diuji baik dari fizikal pemancing, ikatan, dan setup yang digunakan.
Saya sangat gemar dengan teknik ini kerana ia mampu memberikan kejutan ketika predator membaham popper, bayangkan anda sedang menarik popper secara bersahaja dan dari belakangnya muncul seekor ikan yang secara tiba-tiba menghantamnya, selain menimbulkan percikan air, badan anda ditarik dan strike ini akan membuat anda “kaget” dan ia dapat memacu adrenalin anda ketika joran anda mulai melentur serta reel anda mulai bernyanyi. Lazimnya mangsa akan terkejut dan larian pertamanya akan menyebabkan drag berbunyi nyaring. Pada saat in pemancing harus mengenakan fighting belt untuk mengelakkan sakit pinggang!
Apa itu Popping
Popping merupakan salah satu teknik pancingan yang mengunakan “Artificial Lure” yang dipangil popper. Teknik balingan dan karauan mirip seperti teknik casting ini digunakan oleh pemancing untuk menjerat spesis-spesis tertentu dan dilokasi lokasi yang telah dikenalpasti. Perbezaan casting dengan teknik popping adalah terletak pada perbezaan kelas set yang digunakan seperti contoh casting lebih mengunakan aksi ringan untuk memainkan gewang selaman dalam, cetek atau permukaan.