Monday, January 16, 2012

Krabi - Giant Plabuk

Memburu Plabuk Gergasi Krabi.


  
Plabuk Krabi..
Perancangan bercuti bersama keluarga.
Perancangan bercuti bersama keluarga digunakan sebaiknya dengan menyelit aktiviti memancing bersama. Apabila melibatkan Si kecil, sudah tentu pancingan laut tidak mungkin dilaksanakan. Memadai dengan pancingan kolam air tawar. Selepas penelitian dan carian dibuat lokasi dirasakan sesuai untuk aktiviti seperti ini adalah Krabi. 
  
Lokasi seterusnya ..Dari Kuala Lumpur Ke Krabi..
Ini kerana selain di kelilingi oleh lokasi percutian  terbaik seperti Phi Phi Island, Pantai Au Nang ia juga menyajikan pelbagai aktiviti darat yang sesuai untuk dilaksanakan bersama si Kecil. Untuk trip kali ini saya memperuntukan 4 hari bercuti bersama keluarga dan mencuri 1 hari untuk mencuba nasib di Kolam berbayar disana. Kami kesini dengan menaiki kapal terbang dengan masa perjalanan kurang dari 2 jam. Selepas kami sampai ke sini kami telah dijemput oleh Van yang disediakan oleh tempat penginapan yang telah ditempah awal.
Tentatif program
Hari pertama kami di Krabi, saya membawa anak anak untuk berjalan dan menikmati kecantikan Pantai memutih di Au Nang sambil mandi manda dan menikmati makanan laut yang ada disana. Pada keesokkan harinya saya menyusun aktiviti luar seperti aktiviti menaiki Gajah dan melawat kolam ternakan ikan laut serta pada petangnya pergi bersiar siar di Bandar Krabi.
 
Airell, Mama dan Haziq di Pantai Au Nang 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

Hunt For The Monster Fish

Followers