Friday, June 17, 2011

Artikal Majalah - Pancing Bil 164

Salam, Terima Kasih kepada Chief Editor Majalah Pancing Faiz Karim kerana memberi peluang untuk menempatkan artikal ni kedalam majalah Pancing.

Majalah : Pancing Bilangan164
Keluaran : Jun 2011
Tajuk : Keretapi Kolam Bungsamran



Wednesday, June 1, 2011

Sisipan Joran : Sabtu, 28 mei 2011

Salam, Credit dan ucapan setinggi tinggi penghargaan kepada Wartawan Sisipan Joran (Berita Harian), Saudara Zulhilmi Hat diatas bantuan dan peluang yang diberikan.
Akhbar Berita Harian : Sabtu, 28 Mei 2011
Laman Sisipan Joran :Memburu Tuna Gigi Anjing Di Lucornia.


Memburu Tuna Gigi Anjing di Lucornia
Oleh Zulhilmi Hat
hilmi@bharian.com.my
2011/05/28

TUNA gigi anjing yang banyak menghentam besi jig. Gambar kanan, Shafie bersama ikan durian yang sedap dimakan.
TUNA gigi anjing yang banyak menghentam besi jig. Gambar kanan, Shafie bersama ikan durian yang sedap dimakan.
LUCORNIA sememangnya tidak asing lagi bagi kaki pancing di Malaysia. Ia adalah lokasi terbaik untuk kaki pancing di sini menduga pelbagai spesis ikan sukan seperti Marsuji, Tuna Gigi Anjing, Aji-aji dan pelbagai spesis ikan yang mampu memberikan perlawanan yang menarik.

Thursday, May 26, 2011

Artikal Majalah - Pancing Bil 163

Salam, Terima Kasih kepada Chief Editor Majalah Pancing Faiz Karim kerana memberi peluang untuk menempatkan artikal ni kedalam majalah Pancing.

Majalah : Pancing Bilangan163
Keluaran : Mei 2011
Tajuk :Bulan Madu Bali


Tuesday, May 3, 2011

Jenis Jenis Perambut

Perambut adalah kaedah atau teknik persembahan umpan yang mempunyai kombinasi perambut, mata kail dan ladung. Dikenalpasti terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang telah digunakan ketika waktu memancing. 

Aplikasi yang teknik yang dipelbagaikan ini penting kerana perambut atau kaedah memancing ini akan dipengaruhi oleh lokasi memancing, jenis ikan yang dicari, waktu memancing malam atau siang, keadaan memancing contohnya kejernihan air, arus dan sebagainya. 

Disini penulis cuba menerangkan 2 kaedah perambut yang selalu digunakan untuk pancingan dasar dan pancingan apungan@drifting. Selain penerangan ringkas berhubung perambut pancingan udang yang biasa dipraktikkan penulis disepanjang penulis bergelar pemancing ni.

Lokasi
Karang, Kapal Karam, berstruktur (Tukun), Gunung lautan. Kawasan berstruktur lazimnya didiami oleh pemangsa yang bersembunyi untuk memburu mangsa, menyambar dan membawanya kedalam sarangnya merupakan gerakan yang selalu menyebelahi pemangsa. Oleh itu teknik pancingan dasar akan digunakan dan terdapat beberapa kaedah yang lazimnya digunakan sekiranya penulis berhadapan dengan lokasi seperti ini. Target seperti ikan kerapu, ikan merah, jenahak, bayan atau sewaktu dengan nya(ikan sisik).

Image credit to http://myfishingfrenzy.com/ :- Pengunaan Ranggung sungguh efektif diaplikasikan, Lagi panjang leader lg bagus..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hunt For The Monster Fish

Followers