Salam, Credit dan ucapan setinggi tinggi penghargaan kepada Wartawan Sisipan Joran (Berita Harian), Saudara Zulhilmi Hat diatas bantuan dan peluang yang diberikan.
Akhbar Berita Harian : Sabtu, 19 Feb 2011
FAHIZ dan isteri bersama ibu kerisi yang membedal gewang poppernya ketika memancing di Bali, Indonesia, baru-baru ini.
FAHIZ melayan seekor mangsa di birai bot.
KESERONOKAN memancing di kala berbulan madu cukup indah apatah lagi dapat memenuhi hobi tegar dan pengalaman itu dikongsi bersama dengan isteri yang dapat merasakan nikmat melancong ke tempat-tempat yang menarik.
Baru-baru ini rakan penulis, Fahiz menceritakan beliau mengatur trip bersama isteri tercinta memancing di Bali, Indonesia sambil berbulan madu.
Trip selama 4 hari 3 malam diatur khusus selepas hampir setahun mengatur jadual ke Pulau Bali sambil memancing ikan Gerepoh atau GT dan tuna bersaiz XL yang banyak terdapat di perairan itu.
Perjalanan mereka ke Bali menggunakan khidmat jurupandu darat iaitu Pak Komang dan kemudian jurupandu laut pula Pak Adhek yang membawa mereka ke Lombok dengan menaiki bot GT1 yang terkenal sebagai bot memancing di sana.
Setibanya di jeti, dua pembantu Pak Adhek iaitu Poul dan Khasmir menjemput pasangan terbabit yang kemudian membawa mereka ke Batu Abar, Bali untuk memancing selama dua hari di situ.
Lubuk Batu Abar yang juga terletak di kepulauan Lombok selain terkenal dengan ikan GT, turut dpenuhi ikan lain seperti kerisi, kerapu sunuh dan amberjack yang bergred A turut banyak mendiami perairan di sana.
Untuk menjeratnya, teknik seperti popping, jigging dan inciku perlu ddicuba bagi mendapat sambaran atau strike yang boleh diumpamakan menarik seekor gajah masuk ke kandang.
Hari pertama trip kelolaan Adhek Sport Fishing (ASF) membawa pasangan ini memburu ikan GT yang terkenal dengan dengan lariannya orpedonya. ASF cukup terkenal di kalangan kaki pancing sekitar Asia Tenggara terutamanya Malaysia yang gemar memburu ikan bersaiz mega sekitar perairan Indonesia.
Seperti yang diceritakan kepada penulis, Fahiz banyak menggunakan teknik ‘popping’ di kawasan perairan sebegini sambil dibantu Poul dan Khasmir setiap kali ikan mengena joran.
Menurutnya, beliau menggunakan berapa gewang popper khas ciptaan Pak Adhek iaitu jenis Penipen. Popper hasil buatan tangan Pak Adhek cukup mujarab menjerat GT kerana selain mempunyai reka bentuk yang cantik, gewang ini boleh digayakan dengan pelbagai teknik untuk memperdayakan mangsa.
Tambahnya, setiap balingan yang ditujukan di kawasan tepian berbatu, sentapan kasar pasti berlaku apabila mangsa akan membawa tali ke kawasan gunung laut yang dalamnya beratus meter.
Pada masa ini beliau memang sudah bersedia dengan kudrat yang ada dan ditambah pula joran dan kekili berkualiti tinggi akan menghidangkan hasil yang tidak mengecewakan.
Berdasarkan pengalaman beliau memancing ikan GT di situ, mangsa yang berjaya dipancing akan membuat larian umpama torpedo menuju ke kawasan yang sangat dalam dan selepas penat, mangsa akan mudah di naikkan walaupun terpaksa bertarung hampir sejam.
Katanya, setiap ikan yang diperoleh ini tidak digancu dan sebaliknya ditangguk sebelum diberi bantuan pernafasan oleh pembantu bertugas bagi melepaskan mangsa kembali ke laut.
Amalan konsep tangkap dan lepas atau Catch and Release (Care) di praktik oleh ASF untuk menjaga tumbesaran GT yang mengambil masa dua tahun untuk mencapai saiz besar.
Menerusi kaedah Care ini, populasi GT yang berjaya dipancing dapat dijaga kelestariannya di samping menjaga khazanah laut yang amat bernilai kepada alam.
Fahiz berkata, pengalaman memancing sambil berbulan madu itu sememangnya cukup mengujakan kerana ia nyata memberi kepuasan berganda kepada sesiapa saja yang pernah merasai tarikannya.
Namun, persediaan yang rapi peralatan yang sesuai amat perlu sekiranya tidak putih mata apabila ikan yang dicari tewas di tengah pertarungan.
Link Berita harian online :- http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tripbulanmadu/Article/index
Salam Fahiz,
ReplyDeleteMore great outings fishing, That is a really good Fish and the smiles say it all,
By the way, Can you bring your Translater to this new Blog as i find it very hard to translate propperly with the one i am useing, Thank you,
Best regards,
,,,Paddy,,,
Thanks Paddy..
ReplyDeleteSorry for the late response my friend. Today, i already put the translator button for this blog. Hope it can help you for easy translate here. Thanks again for your visiting.
The Translater works as before on the older Blog,
ReplyDeleteThank you kindly,
,,,Paddy,,,
ur welcome my friend ..
ReplyDelete