Monday, August 22, 2011

Sisipan Joran : Sabtu, 13 ogos 2011

Salam, Credit dan ucapan setinggi tinggi penghargaan kepada Wartawan Sisipan Joran (Berita Harian), Saudara Zulhilmi Hat diatas bantuan dan peluang yang diberikan.
Akhbar Berita Harian : Sabtu, 28 Mei 2011
Laman Sisipan Joran : Tango si Jelita


Tango si jelita
Oleh Zulhilmi Hat
hilmi@bharian.com.my
2011/08/13

FAHIZ, Black, Am, Fadzil, Is dan Adnan merakam kenangan dengan si jelita Rompin.
FAHIZ, Black, Am, Fadzil, Is dan Adnan merakam kenangan dengan si jelita Rompin.
Pemancing sanggup keluar belanja untuk merasai nikmat melayan ikan layar
AKSI liuk lintuk ikan layaran yang terbang selepas bibir tercangkuk mata kail mendatangkan pelbagai persepsi bagi sesetengah kaki pancing lelaki. Ada yang menilai rontaan ikan itu umpama tarian tango penari jelita Argentina.


Begitulah keunikan dan godaan aksi ikan layar terhadap kaki pancing seluruh dunia yang teruja dan sanggup membelanjakan suku daripada pendapatan tahunan mereka semata-mata mahu merasai sendiri nikmati melayan ikan berkenaan.
Spesies dari keluarga Istiophoridae ini jugalah membuatkan perairan Rompin dikunjungi kaki pancing tegar dari negara serantau dan Eropah untuk berkongsi pengalaman memancingnya.

Bagi pemancing handalan, saiz layaran di Rompin dianggap ideal kerana ia dianggap comel, umpama anak dara sunti yang cepat sensitif jika terkena tusukan mata kail.

Baru-baru ini Fahiz, Black, Am, Fadzil, Is dan Adnan mengaturkan trip memancing layaran di Merchong, Rompin, Pahang yang dirancang sejak sebulan lalu dengan menggunakan tekong Zamri yang tersohor dengan sikap rajin dan peramah itu.

Awal pagi lagi bot kumpulan ini bergerak dari Jeti Merchong menuju ke lubuk permata pilihan tekong Zamri. Tetapi sebelum itu mereka perlu mendapatkan umpan selar hidup sebagai umpan paling mujarab menjerat ikan layaran sebagai diet makanannya.
Teknik memancing layaran dengan menggunakan selar hidup yang diguna pakai Faiz menepati kaedah asas memandangkan ikan layaran adalah ikan permukaan yang pantang melihat ikan kecil.

Dipadankan dengan mata kail bulat jenis Mustad bersaiz 5/0 dan penggunaan perambut dua meter dengan tali utama berkekuatan 60 paun (lb) digunakan untuk menahan tujahan ikan ini yang dikatakan tidak mengenal erti penat ketika bertarung bawah air.

Fadzil yang menggunakan kaedah itu terus menerima sambaran pertama kira-kira jam 11 pagi. Bagaimanapun aksi akrobatik di permukaan air yang dibuat layaran tadi berjaya meloloskan diri dalam sekelip mata.

Perkara sama berlaku kira-kira setengah jam berikutnya apabila Fadzil yang mendapat sambaran kali kedua daripada spesies sama berjaya meloloskan diri selepas melakukan aksi akrobatik itu.

Tekong Zamri kemudian mengajak kumpulan Fahiz berpindah ke lokasi ikan layar yang ditanda dalam alat Sistem Pengesanan Global (GPS).

Kali ini, umpan selar hidup dibiarkan hanyut bebas di permukaan untuk memberikan kedudukan umpan hampir dengan pemangsa agar menerima sentapan lebih banyak.

Mujur set Shimano Stella SW800 yang dipadankan joran Jig Wrex dan tali utama jenis Exoga PE4 cukup menahan asakan dan aksi akrobatik untuk melepaskan diri.

Kira-kira 20 minit bertarung dengan layaran, akhirnya mangsa menunjukkan sedikit penat apabila ia mudah ditarik menghampiri bot. Pada kedudukan ini, geng lain termasuk Black yang menggunakan Daiwa Exeler Oceoner 4500 dengan tali 40lb silih berganti melayan ikan mendorong tekong menggerakkan bot ke belakang untuk memberi peluang kepada Black mengarau tali semula.

Pertarungan hampir sejam itu akhirnya memberikan Black kepuasan kerana si jelita dengan saiz 40 kilogram yang sebelumnya ligat dengan aksi tango akhirnya didaratkan di atas bot.

link terus ke berita harian :-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tangosijelita/Article/index

2 comments:

  1. Terima kasih Ipen..PAT..wah..PAT dah kembali la..lama tak dgr berita geng2 PAT..kasi meriah lg bro.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hunt For The Monster Fish

Followers