Wednesday, September 14, 2011

Teknik Popping

Teknik popping merupakan teknik yang mampu memacu adrenelin, ia akan mula terhasil apabila pemancing melihat predator mengejar popper, menghentam lalu melarikan popper dengan rakus. Ketika itu predator juga turut terkejut lalu membuat larian padu sambil mengeluarkan main line dari gelendung kekili. Disaat inilah semuanya diuji baik dari fizikal pemancing, ikatan, dan setup yang digunakan.

Saya sangat gemar dengan teknik ini kerana ia mampu memberikan kejutan ketika predator membaham popper, bayangkan anda sedang menarik popper secara bersahaja dan dari belakangnya muncul seekor ikan yang secara tiba-tiba menghantamnya, selain menimbulkan percikan air, badan anda ditarik dan strike ini akan membuat anda “kaget” dan ia dapat memacu adrenalin anda ketika joran anda mulai melentur serta reel anda mulai bernyanyi. Lazimnya mangsa akan terkejut dan larian pertamanya akan menyebabkan drag berbunyi nyaring. Pada saat in pemancing harus mengenakan fighting belt untuk mengelakkan sakit pinggang!
Apa itu Popping
Popping merupakan salah satu teknik pancingan yang mengunakan “Artificial Lure” yang dipangil popper. Teknik balingan dan karauan mirip seperti teknik casting ini digunakan oleh pemancing untuk menjerat spesis-spesis tertentu dan dilokasi lokasi yang telah dikenalpasti. Perbezaan casting dengan teknik popping adalah terletak pada perbezaan kelas set yang digunakan seperti contoh casting lebih mengunakan aksi ringan untuk memainkan gewang selaman dalam, cetek atau permukaan.

Manakala popping bagi definasi saya dilihat menjurus kepada aksi yang lebih berat, kasar dan kelengkapan setting yang lebih besar. Teknik ini akan mensasarkan spesis yang gemar menghentam mangsa dipermukaan air. Dengan bunyi pop yang dihasilkan ia akan menarik perhatian predator. Walaubagaimanapun teknik ini boleh juga di aplikasikan dengan mengunakan popper jenis Pencil atau Swimbait (swimmer stick bait).
Batu Mandi - Salah satu lokasi baik untuk aktiviti popping
Lazimnya ikan yang ditarget adalah berdasarkan lokasi yang dituju seperti contoh lokasi berstruktur(pelantar minyak, kapal karam,tukun, tuas unjam), karangan tinggi, gunung lautan, karangan cetek, Atolls(coral island), drop off (island, coral) dan highway(migration roads). Diantara spesis yang lazimnya terjerat dengan teknik popping ini adalah seperti ikan Giant Trevally (GT) lazimnya dikawasan berstruktur, ikan Tuna(YFT, DogTooth, skipjack), Tengiri, Wahoo, Bill fish dikawasan unjam, drop off, highway dan ikan karangan seperti kerapu dan bass dikawasan coral cetek. 
kawasan permainan GT
Untuk teknik  ini umpan(Popper) akan dilontarkan dalam jarak dan point tertentu (CAST), lalu ditarik (RETRIEVE) agar umpan meyerupai gerakan ikan, sotong atau apa saja mangsa dengan menimbulkan riak air (splashing) pada permukaan air seolah-olah mangsa sedang bermain main dipermukaan air. Sebagai contoh dengan bunyi pop yang dihasilkan chugger ia akan segera menarik perhatian ikan untuk mengejarnya disinilah terhasilnya popping itu.
Selain mampu menarik perhatian predator dan menggongong popper pergi, setting dan persiapan juga harus dilaksanakan bergantung kepada saiz predator yang ditarget. Bagi popping aksi berat, semuanya harus diberi perhatian baik dari segi reel, rod, tali utama, leader, mata pancing dan lain lain lagi.
Persiapan setting
■ Lure popping aka POPPER
 Barisan popper yang masih didalam penyedian dan penyiapan, diperbuat dari kayu Mahogani

Dalam ini, umpan buatan yang disebut popper sangat menentukan hasil tangkapan dan bilangan strike. Pemilihan popper ini harus dilakukan dengan baik dan disesuaikan mengikut target dan lokasi pancingan (fishing spot and area/zone). Popper akan dihasilkan dari kayu keras yang dibentuk bentuk mengikut gaya renangan dan percikan yang dikehendaki. Selain gaya renangan, ia juga akan dihiasi dengan pelbagai warna dan stiker bagi menarik perhatian predator.
Yang panjang dan kurus tu la popper dari jenis Pencil
Popper yang selalu saya gunakan terbahagi dalam tiga jenis yang utama iaitu:-
1.Chugger/Splashing:
Popper  jenis ini mempunyai bentuk sedikit pendek, dengan kepala besar dengan permukaan mulut cengkung yang luas. Semakin luas mulutnya semakin besar bunyi pop yang dihasilkan. Apabila dimainkan dengan baik akan menghasilkan bunyi percikan air yg cukup untuk menarik perhatian predator. Gaya permainannya adalah dengan karauan secara rhythm(konstan), Retrive yang laju akan menghasilkan kesan bunyi pop bila chugger dihentak kehadapan. 
Selain bunyi pop, percikan air dari mulut chugger juga akan mewujudkan gelombang dan riak air seterusnya member kesan kepada pergerakkan lure dan mampu menarik perhatian predator untuk memeriksa keadaan. Ada beberapa kaedah yang selalu diaplikasikan, ada yang dikarau dan dihenjut laju dan ada kalanya ia dikarau dan dihenjut secara perlahan. Ia bergantung kepada bila dan dimana popping dilakukan. Selalunya karauan laju dilaksanakan dikawasan yang lebih cetek dan berarus tenang. Ini kerana ikan begitu sensitive dengan pergerakan popper manakala gerakan perlahan dan dihenjut kuat diperlukan dilokasi drop off yang dalam dan berarus kuat, ini bagi membenarkan predator mengesan popper dengan mudah.

2. Pencil:
Pencil pula seolah-olah ikan terbang yang bermain dipermukaan air, ia akan digulung dengan cepat. Pergerakan ini akan menyebabkan posisi sebagian pencil berada di atas permukaan air. karauan secara terus menerus akan menyebabkan ia bergerak lurus sambil menghasilkan percikan air yang kecil seolah olah mangsa sedang melarikan diri dari sesuatu.
Popper  jenis ini punya bentuk yang panjang dan langsing serta kepala yang kecil dan ekor yg besar/berat. Apabila dimainkan dengan laju, ia akan meluncur (sesekali meloncat) di permukaan air dengan gerakan kepala yg tidak teratur, bergoyang2 atau menaik keatas dan bawah mengikut alun yang diredahnya. Mengarau secara laju sambil menyentak nyentak hujung joran secara menegak akan memaksimakan aksi renangannya. Saya akan gunakan popper pencil ini apabila berdepan dengan keadaan angin yang kuat, disamping mempunyai badan yang langsing dan mampu dilontar jauh, aksi renangannya sambil menghasilkan buih-buih halus juga menyebabkan predator mampu membezakan buih gelombang dengan buih renangan yang dihasilkan popper.
 Dari kiri - Chugger, Pencil dan Swimmer
3. Swimmer (Stick Bait):
Lazimnya mengunakan gaya renangan seolah olah ikan sakit dan warna badannya memberikan kesan yang besar untuk menarik perhatian predator. Ia akan dikarau secara rithm atau dikarau terus tanpa henti.Ciri khasnya bentuk yang direka menyerupai ikan.Teknik retrievenya sama dengan popper pensil hanya actionnya sahaja yang agak berbeza dimana ia mampu tengelam didalam air sambil mempamirkan aksi renangannya apabila dikarau.
Chugger dan swimmer

Barisan Swimmer (Panipen) yang siap sedia untuk disiapkan.

■ Joran / Rod
Didalam pemilihan rod, saya lebih gemarkan rod yang panjang untuk teknik ini. Rod yang panjang akan memberikan kelebihan kepada balingan yang memerlukan jarak lontaran popper sejauh mungkin. Ada sepanjang 7ft(paling pendek) dan 9(kaki paling panjang). Makin Panjang joran, makin jauh jarak lontaran popper. Makin pendek joran makin kuat daya angkatnya. Selain itu biasanya pada joran popping akan disertakan sekali dengan spesifikasi berikut line rating, max drag/drag maksimum, max lure weight/berat maksimal lure serta rating dari joran itu(M,H, MH, H,XH dll).

Selain itu backbone juga sangat penting didalam persediaan melawan dengan predator. Joran yang terlalu lembut daya lenturannya/parabolic hanya membuatkan pemancing kepenatan kerana kekurangan lifting power dan seterusnya pertarungan akan bertambah lama. Manakala sekiranya terlalu keras akan mudah mendera pinggang pemancing kerana pemancing turut sama menyerap daya tarikan predator dihujung pancing. Namum waktu pertarungan dapat disingkatkan.

Tip/ujung(2-3kaki) dihujung joran juga memainkan peranan penting didalam memberikan aksi kepada popper, lazimnya tip yang keras sesuai digunakan untuk popper jenis chuger kerana ia membenarkan pemancing menghentak keras popper lazimnya rod ini akan mempunya range PE yang kecik seperti contoh PE4-6, PE6-8, PE8-10.

Manakala popper jenis lembut sesuai digunakan oleh popper jenis pencil dan swimbait kerana gerakan perlahan dihujung tip memberikan aksi yang berbeza pada popper dan lazimnya rod ini akan mempunyai range PE yang lebih besar seperti PE4-8, PE6-10, PE8-12.

Jadi sebelum anda membeli joran, anda harus mengetahui dulu apakah keperluan, teknik dan jenis popper yang hendak dimainkan. Ini kerana diluar sana terdapat perbagai jenis rod dan kelas yang direka khas bertujuan untuk keperluan yang berbeza beza mengikut keperluan pemancing.

Joran Popping lazimnya disediakan dengan 2 piece samaada sambungan di Butt atau di pisahkan ditengah tengah. Dengan panjang melebihi 7 kaki ia lebih mudah untuk dibawa kemana-mana dengan panjang yang dapat dikurangkan.

■ Reel
Untuk pemilihan reel, saya sarankan agar reel dengan ratio tinggi digunakan untuk teknik popping ini. Disebabkan karauan menjadi perkara utama semasa popping, ratio tinggi akan membenarkan popper berenang dengan laju walaupun karau dibuat secara bersahaja. Cukupla dengan ratio 5.5:1 keatas seperti 5.7:1, 5.8:1. 6.1:1, manakala ratio kurang dari 5:1 seperti 4.9:1, 4.8:1akan menyebabkan pemancing letih dengan karauan yang dilajukan. Walaubagaimanapun popper jenis chugger masih boleh mengunakan ratio yang rendah kerana ia lebih kepada daya hentakan. 
Atas Reel Stella Sw18000HG dan bawah SW10000 XG, ratio melebihi 5.5:1
Selain ratio, pemancing juga boleh menyemak jumlah retrieve yang dihasilkan dari satu pusingan karauan. Semakan tinggi nilai retrieve sesuatu reel, semakin tinggi la karauan yang dihasilkan oleh reel tersebut.Selain ratio dan retrieve, pemancing juga dinasihatkan untuk menyemak kekuatan drag yang dihasilkannya. Bagi set popping heavy saya rasa kita masih memerlukan drag melebihi 15kg. Walaubagaimanapun saya rasa sudah memadai ia hanya diset pada kekuatan 11kg-12kg sahaja mengikut kederat pemancing itu sendiri.

■ Tali/Line
Monofilament, cenderung digunakan untuk light setting. Tali mono bersifat elastis oleh itu ia tidak sesuai kerana daya sentapan tidak dapat sampai sepenuhnya kepada popper kelak.

Main line Tuffline dan leader Fishermansehingga 170lb

Braided / PE:
Sangat di syorkan untuk digunakan pada heavy setting / extreme popping.

Kebaikan PE dibandingkan Monofilament:
- Diameter line lebih kecil daripada Monofilament, ini seterusnya mampu menjarakkan lontaran popper.
- Tiada stretching/reaksi yang spontan sekiranya proses hookup dilaksanakan.
Main line yang digunakan biasanya braided line berkapasiti PE4-PE10 bergantung pada setting dan leader yang digunakan biasa berukuran 120 lbs sampai dengan 200 lbs. Saya sendiri lebih suka menggunakan leader biasa daripada florocarbon, kerana lebih mudah membuat ikatan dengan tali braided dilaksanakan dibandingkan fluoro.

Sebelum memasukkan tali dalam reel, perkara berikut boleh juga diberi perhatian :-
1. Semak kapasiti main line yg boleh diisi dalam spool
2. Semak saiz Diameter main line, Poundage yg sesuai untuk diload kedalam spool
3. Pastikan spool di minyakkan@light grease sebelum memasukkan main line.
4. Lilit, sekurang2nya 2,3 kali kesekeliling spool sebelum ikatan dibuat.
5. Boleh mengunakan apasaja ikatan asalkan kuat dan kemas, teman recommend " trilene @ improved Clinch @  uni Knot " kerana terdapat beberapa simpulan sebelum ikatan dimatikan.
6. Ketika masukkan tali pastikan kenakan tekanan keatas main line agar tali disusun kemas, kemasukan main line secara terus dari luar akan menyebabkan terdapat ruang yg membolehkan tali terselit dicelah2 terutama ketika drag sedang bekerja.
7. Jgn masukkan terlalu penuh sehingga spool boleh memuntahkan main line keluar terutama mengunakan mono.
8. Tinggalkan sedikit ruang untuk leader bagi pengunaan reel jigging dan popping

Kapasiti main line juga bergantung kepada saiz reel dan saiz PE yang digunakan. Bagi pemburuan GT dikawasan berstruktur, saya cadangkan pengunaan PE yang besar minimum PE6 dengan kapasiti panjang sekitar 150m-200m manakala bagi pemburuan tuna cukup sekadar semaksimum PE5 kerana ia lebih memerlukan main line sepanjang 300-400m.

■ Kelengkapan-kelengkapan lainnya:

- Glove: Ukuran tangan, Tahan air, kuat.
- Leader Line: Monofilamen, Wire, Kevlar sekiranya leader mono dogunakan, ikatan FG dilihat ikatan terbaik kerana selain kuat ia juga merupakan ikan yang kemas dan kurang buku ikatan.
- Swivel
- Split Ring: Penyambung leader ke Popper
- Cutter, pliyer : Untuk memotong wire, buka/pasang split ring, memotong main line atau leader.
 
Trick

Dari beberapa trip yang telah dilaksanakan untuk teknik popping, berikut terdapat sedikit maklumat yang boleh dikongsi bersama. Pernah terjadi sewaktu tengah retrieve saya melihat kelibat ikan sedang mengejar popper yang dihidangkan, terkejut dengan reaksi tersebut saya berhenti mengulung dan dalam masa yang sama ikan tersebut membuat pusingan ‘U’. Ini berlaku beberapa kali ini berlaku kerana saya terkejut dan terkedu dengan reaksi tersebut.




Adalah penting kita meneruskan karauan dan hentakan popper semasa predator mula mengejar popper, jangan kurangkan kelajuan dan rithmnya hendaklah sentiasa konstan. Selepas itu baru GT boleh terperdaya dan mengena. Selain itu, selepas kita berjaya mendapatkan perhatian ikan dan menyambar popper, jangan pula diterus hookup. Ini juga boleh menyebabkan popper terbang keluar dari mulut sang ikan lalu ikan melarikan diri. Sebaiknya kita harus menunggu ikan menggonggong dan bersama sama membuat pusingan ‘U’. selepas itu barulah hook up boleh dibuat dengan sekuat hati.

GT yang dijerat dengan swimmer Panipen keluaran ASF Bali
Bonito aka skipjack juga boleh diperdaya dengan Swimmer

6 comments:

  1. Greetings Fahiz,
    I can see that i am going to have to start making my own Lures, As those poppers are fantastic,
    Regards to you and your family,
    ,,,Paddy,,,

    ReplyDelete
  2. Thanks Paddy.. artificial lure is always give more Adrenalin when strike, that really worth it working on it.

    ReplyDelete
  3. Alsmlkm.. Ada no cantact tekong bot pancing di krabi x?
    -Fazil, Rock Slumbers Anglers- 0102002060

    ReplyDelete
  4. Mau mendapatkan pelayanan yang baik dan ramah???

    Modal Kecil bisa mendapatkan hasil yg luar biasa...

    Untuk yang lagi galau, yang lagi bosan tidak tahu mau ngapain, tenang,,sekarang ada

    288betting.com yang akan menghibur kalian sekaligus mengisi hari-hari kalian dengan games"

    online yang pastinya tidak akan mengecewakan kalian deh...dan tentu nya juga masih banyak lagi

    bonus tiap bulan nya buruannn,,,,yuk ikutan gabung bersama 288betting.com

    Tersedia berbagai game di dalamnya :
    Sportsbook
    Kasino
    Togel
    Poker
    Number Games
    Slots

    Dapatkan Bonus Rollingan TO Sebesar 0,5% / Hari
    Bonus Referral Sebesar 20% Seumur Hidup
    dengan minimal deposit hanya Rp. 20.000 dan minimal withdraw Rp. 50.000

    Info lebih lanjut silahkan hubungi CS 24/7 melalui :
    * Livechat
    * Whatsapp : +855888278896
    * Facebook : Stefanie Huang

    Salam Sukses 288betting.com

    ReplyDelete
  5. Reel shimano stella 8000hg 2013 adakah sesuai untuk popping area pelantar minyak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hunt For The Monster Fish

Followers