Wednesday, February 9, 2011

Memburu Arapaima Bangkok


Bungsamran, Bangkok.
Selepas lawatan kali pertama penulis kekolam ini pada tahun 2009, terngiang ngiang perlawanan dan pertarungan giant Plabuk disana. Dengan keadaan platform memancing yang baik dan kolam yang dalam, ia membenarkan ikan membuat larian dan junaman. Tetapi kali ini penulis ingin mencuba sesuatu yang baru disana. Memburu spesis air tawar yang terbesar apa lagi klau bukan Arapaima.

Arapaima.
Menurut wikipedia.org, Arapaima merupakan spesis air tawar yang yang boleh membesar sehingga 4.5meter panjang keseluruhan dan pernah dicatatkan dengan rekotdterberat 200kg!. dan IGFA World Record dipegang oleh  Jakub Vagner dengan berat tangkapan 130kg dan ia ditangkap di Amazonia Brazil pada 17 ogos 2008.

Thailand, satu satunya negara yang membenarkan ikan-ikan luar masuk ke negaranya . Ini seterusnya menjadikan percaturan sebagai daya tarikan pemancing dunia ke negaranya. Peluang ini diambil oleh pengusaha kolam kolam tempatan dengan berlumba lumba membiakkan spesis amozonia ini dikolam mereka. Selain membiakkan untuk aktiviti pemancing, dagingnya juga lebih sedap dan mahal berbanding daging lembu dan kambing. Dengan kadar harga daging arapaima angaran RM45.00 sekilo ia seterusnya dapat menyediakan peluang pekerjaan yang baik bagi penduduk thailand.
Rujukan :- http://condition.org/sm7622.htm

Di Brazil, kerajaanya telah mengharamkan penangkapannya di sungai sungai utama kerana ia merupakan spesis terancam dan semakin pupus. Tetapi ia masih boleh diperolehi di kawasan luar dan jauh pendalaman di sungai utama dunia iaitu sungai amazon. Dengan Pekej serendah USD2500 sehingga USD 3500(Ground Pakej) belum termasuk logistik dan flight!! .Kos ini perlu ditanggung seorang pemancing untuk memburu nya di sekitar amazon selama 7hari 6 malam.
Rujukan : 
1. http://www.peruforless.com/packages/amazon-tours-arapaima-7d6n-detailed.php
2. http://www.infohub.com/vacation_packages/9753.html

Pakej Memancing.
Dengan angaran keseluruhan mencecah Rm15,000-RM20,000 membuatkan penulis berputih mata nak ke Amazon. Peluang Memancing di Bungsamran dengan pakej Bht 20,000 memancing sampai dapat membuatkan penulis mahu mencuba menjinakkan spesis air tawar terbesar ini. Oleh itu satu trip disusun bersama sahabat lain dari geng D7L dan COFA bagi memancing di Bungsamran. Dengan arangment yang disusun dan tempahan kolam dibuat kami berangkat dari Malaysia menuju Bandar Bangkok menaiki Air Asia.

Sesampai disana, semua peralatan memancing diserahkan kepada guide untuk disiapkan. Penulis mengunakan set paling berat yang ada bagi tujuan pembuaruan arapaima disana. 

Rod : Patriod Design PE8-12
Reels : Stella Sw18000HG
Main line : Varivas snp PE10
Leader : Fisherman 170lb

Teknik yang digunakan.
Sehari sebelum penulis mula memancing, pemandu pancing telah menabur beberapa kilo ikan kembung untuk menarik perhatian arapaima bermain berhampiran. Dimaklumkan Bungsamran mempunyai lebih 200 ekor ikan arapaima yang bermain disekitar kolam yang berkeluaran 20ekar. klau tak ditaburkan makanan agak sukar kami mengesan kawasan mencari makanan disekitar keluaran 20ekar tersebut.

Umpan dilabuhkan sekitar jam 3.00pm dengan pengunaan steel wire 100lb dan matapancing bersaiz 3/0. sesekali perut ikan kembung ditabur disekitar kawasan umpan. lebih kurang 2,3 jam kami menunggu tapi tiada hasil. Cuma nampak kilasan beberapa ekor arapaima bermain disekeliling tetapi malu malu menjamah umpan.

Sehingga sejam sebelum sessi hari pertama berakhir main line 100lb dibawa oleh pemangsa dari bawah. Rod di Srike bebrapa kali, dengan setting yang berat agak sukar mangsa menarik keluar banyak tali. Penulis cuma bertahan agar ia tidak mengajak bermain dicelah celah tiang chelet. Dengan set yang kuat penulis yakin ikan ini dapat dinaikkan. Sesekali ia mengeluarkan main line, tidak seperti larian GT yang terus menerus membuat larian pertama. Arapaima hanya mengunakan berat badan untuk bertarung dengan pemancing.
Dengan bentuk badan yang panjang dan ekor yang kecik, arapaima seolah olah tidak mampu menandingi set yang digunakan penulis. Ikan hanya bernafas melalui ingsang ia dapat menyerap oksigen apabila ia bergerak kehadapan apabila air melaluinya. Kegagalan arapaima membuat larian akan memperceparkan perlawanan.
Larian Awalan menuju ke bawah Chelet
 Menahan larian pertama dari terus ke celah celah tiang
 Mengawal dari membuat larian
 Pemandu pancing turut menghalang ikan bermain dicelah tiang
 Setelah gagal membuat larian arapaima akan memusing musingkan badan seperti buaya.
 selepas beberapa lama perlawanan arapaima ditangguk untuk memberikan bantuan dan menenangkannya

Oleh itu penulis boleh menyimpulkan bahawa spesis arapaima ini sedap klau dilayan jikalau kita mengunakan set sederhana dengan kekuatan PE4-6. Ini membuatkan kita lebih menghayati perlawanan dan membenarkan arapaima membuat larian. Selepas perlawanan yang menyebelahi penulis, 3 orang guide terjun kedalam air untuk menangguk dan mententeramkan arapaima. Ia dibawa kesatu ruang khas yang disediakan didalam kurungan untuk sessi bergambar dan sessi memulihkan arapaima. 
 Orang ramai mula memenuhi tepi kolam
 
 Dengan kadar tangkapan arapaima yang rendah dikolam ini, memberikan peluang pelancong lain merakamkan gambar kenang kenangan.
 
 Arapaima dibawa ke sangkar untuk sessi bergambar
 
 Penulis dan rakan-rakan yang sedang sibuk merakam aksi.
 
 Penulis bersama tangkapan.
Saat-saat seperti ini sememangnya tidak dilepaskan oleh penulis dan rakan-rakan. Sakan kami bergambar tanpa sedar kami telah mencederakan ikan dengan lebih parah. Beberapa kali ruang perut dan Ruang insang disentuh tanpa guidance dari pemandu pemancing. Ini melambatkan ikan untuk pulih seperti sediakala.
 Rasa-rasa berapa berat ikan ini?
 Penulis dan 5 orang guide yang membantu didalam pemburuan arapaima di Bungsamran
 Puas bergambar!
 Penulis Bersama rakan-rakan pula bergambar
dari kiri Pikok, Deext, Penulis, Wak, Ringgo dan azli
Dah turun nak naik plak susah..
Sesekali ikan diberi bantuan dengan mengalirkan air masuk keingsang. Ikan semakin lemah, selepas habis sessi bergambar kami pulang ke Chelet dan sejam kemudian kami diberitakan ikan tadi tidak dapati diselamatkan.
Penulis bersama-sama semua guide yang membantu untuk menaikkan arapaima di Bungsamran.

Fakta Menarik Memburu Arapaima:-
1. Darah ikan boleh menarik perhatian arapaima untuk mencari makan.
2. Bagi mengecilkan ruang memburunya, perut dan darah ikan ditabur sehari awal sebelum pemburuan.
3. Penggunaan set sederhana dapat memberikan pemancing lebih menghayati pertarungannya.
4. Ikan arapaima sebenarnya ikan yang sangat sensitif dan tidak tahan lasak.
5. Beratnya hanya satu kelebihan yang ada untuk menandingi pemancing.
6. Badan yang panjang dan ekor yang kecil adalah liabiliti kepada berat yang besar.
7. Power weight ratio yang begitu rendah.


6 comments:

  1. Salam tuan...

    Teruja membaca laporan tuan ni. Harap satu hari saya dapat bersama tuan menewaskan arapaima disini... hehehehe

    ReplyDelete
  2. Salam Fahiz,
    EXCELENT, Great to see you sorted out a new Blog, And the Worlds most saught after fish, Buetifull and huge,
    Best wishes for the future and the new Blog Fahiz,
    ,,,Paddy,,,

    ReplyDelete
  3. Great fish congrats.

    saludos desde mexico

    ReplyDelete
  4. Salam tuan Ejoi, terima kasih sudi datang kerumah baru teman..ada rezeki kita cuba mancing disana bersama geng2 p.net plak..ada berani?haha

    ReplyDelete
  5. Greeting Paddy,
    Thanks for the fishing maniac support..hope our hobby still continue and continue and more marrier..

    ReplyDelete
  6. Thanks for the support hector200..welcome to my new pages.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hunt For The Monster Fish

Followers